CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEPERIKSAAN PSRA

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pelajar tahun enam Sekolah Agama Negeri Selangor bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar di samping membolehkan pelajar yang lulus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor serta Maahad Integrasi Tahfiz Istana Banda (MITIB) dan Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MISTEK) Negeri Selangor.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA )ini juga merupakan peperiksaan penting yang wajib diduduki oleh semua pelajar tahun enam yang berdaftar di Sekolah Rendah Agama ( SRA ) / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan semua sekolah yang didaftarkan di bawah pentadbiran unit pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).

KATA-KATA PUJANGGA

"
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan".

ZAKAT ( TAHUN 5 ) PSRA TAHUN 5

Zakat

Zakat adalah satu rukun daripada lima rukun Islam, difardhukan dalam bulan Syawal tahun ke 2 hijrah. Dari segi bahasa ialah membersih dan menyubur dan dari segi Syara' ialah mengeluarkan sebahagian dari harta yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya.

Firman Allah Ta’ala :

وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya : “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat ”. (Surah An-Nur Ayat 56)

Firman Allah Ta’ala :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Maksudnya : “ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) ”. (Surah As-Syams Ayat 9)

Hukum Zakat

Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam yang sudah sempurna syarat-syaratnya seperti cukup nisabnya,haulnya dan lain-lain lagi.

Firman Allah Ta’ala :

وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya : “ Berilah Zakat ”. (Surah An-Nisa’ Ayat 77)

Firman Allah Ta’ala :

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا

Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).(Surah At-Taubah Ayat 103)

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمربن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : بني الاسلام على خمس, شهادة أن لاإله إلاالله وان محمدا رسول الله,وإقام الصلاة,وإيتاء الزكاة وحج البيت,وصوم رمضان.
(رواه البخارى ومسلم)

Maksudnya : Dari ‘Abdal Rahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a katanya : Aku dengar rasulullah s.a.w. bersabda : Didirikan Islam atas lima (rukun) : Syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di baitullah serta puasa di bulan Ramadhan.(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)

Syarat-syarat zakat

Terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Syarat wajib zakat

2) Syarat sah zakat

Syarat wajib Zakat

1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Cukup Nisab
5. Cukup Haul (12 Bulan/1 Tahun)

Syarat sah zakat

1) Niat
2) Memberi milik (Al-Tamlik) - diberi kepada orang yang berhak

Kategori Zakat

1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Simpanan
3. Zakat KWSP
4. Zakat Emas/Perak
5. Zakat Perniagaan
6. Zakat Saham
7. Zakat Tanaman
8. Zakat Ternakan

Keterangan :
Nisab berdasarkan harga emas semasa iaitu 85gm = 20 misqal = 25 mayam 2.7108 saga.

Kaedah Pengiraan Zakat

Zakat Pendapatan
Takrifan :
Imbuhan atau perolehan yang di peroleh oleh individu daripada majikan atau individu samaada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
(Fatwa telah pun diwartakan pada 22 Mei 2000 bagi mewajibkan setiap umat Islam yang telah cukup syarat bagi melunaskan zakat pendapatan).

Kaedah Pengiraan :

Terdapat 2 kaedah pengiraan di mana pembayar zakat boleh membuat pilihan:

Kaedah 1 : (Tanpa penolakan)

Pendapatan dari semua sumber setahun (termasuk elaun-elaun)
RM30,000 x 2.5% = RM 750.00

Kaedah 2 : (Dengan penolakan)

Bil
Perkara

Jumlah
a.

Pendapatan Setahun

RM 30,000.00
b.

Perbelanjaan

1. Diri

RM 8,000.00

2. Isteri (yang tidak bekerja)

RM 5,000.00

3. Anak (RM800.00 seorang x 6 orang)

RM 4,800.00

4. Pemberian Ibubapa

RM 1,200.00

5. KWSP (11%)

RM 3,300.00

6. Caruman ke Organisasi yang membayar zakat

RM 1,800.00

Jumlah Perbelanjaan

RM 24,100.00
c.

Pendapatan yang layak di zakat (a-b)

RM 5,900.00
d.

Zakat yang wajib dibayar (RM5,900.00 x 2.5%)

RM 147.50

Zakat Wang simpanan
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun atau cukup nisab.

Kaedah Pengiraan :
1. Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan selama 354 hari dan melebihi nisab wajib dikeluarkan zakat.
2. Bagi simpanan biasa pula, adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu atau beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun . Ianya juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya :
(Baki terendah bagi tahun 2005 adalah RM4,000.00)
RM4,000.00 x 2.5% = RM100.00
Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00

Zakat KWSP/LTAT Dan Seumpamanya
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh pencarum melalui KWSP/LTAT setelah diperoleh wang caruman tersebut dan cukup nisab serta haulnya.
Kaedah Pengiraan :
1. 2.5% atas caruman KWSP ketika dikeluarkan samaada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Zakat perlu dibayar setiap kali pengeluaran dibuat.
2. 2.5% atas wang simpanan KWSP/LTAT bagi setiap pekerja berdasarkan penyata tahunan.

Zakat Emas/Perak
Takrifan :
Zakat emas dan perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung samaada emas yang dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

Kaedah Pengiraan :
Zakat Emas

Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu :
1. 2.5% atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85gram).
2. Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan :
Uruf nilai pasarannya melebihi kadar uruf ialah pemakaian setempat yang dibenarkan iaitu RM5,000.00

Zakat Perak
2.5% ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624gram).

Zakat Perniagaan
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu perniagaan persendirian (tunggal) perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sdn. Bhd, Koperasi dan persatuan yang telah genap setahun operasi perniagaan dan cukup nisab yang mana barangan itu diniat untuk diniagakan dan berkembang.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas harta perniagaan yang layak di zakat yang telah melebihi nisab. (Harta Semasa – Tanggungan Semasa) x peratus pemilikan ekuiti yang dimiliki oleh individu muslim.

Zakat Saham
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan ke atas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas nilai terendah bagi semua saham yang dimiliki dalam tempoh setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham dan tidak kurang dari kadar nisbah.

Zakat Tanaman
Takrifan :
Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sesebuah negeri yang telah cukup 400 gantang seperti padi, gandum, biji-bijian dan sebagainya.
Kaedah Pengiraan :
5 ausuk bersamaan dengan 400 gantang (setelah dibersihkan dari roman dan hampa) kadar nisab ialah 10% daripada padi atau bijian yang ditanam jika di siram /diairi dengan air hujan semata-mata dan 5% jika diairi menggunakan tenaga.

Zakat Ternakan
Takrifan :
Zakat yang dikenakan ke atas ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang tidak digunakan untuk tujuan kerja yang mana telah genap haulnya dan nisabnya.
Kaedah Pengiraan :
Zakat bagi ternakan ialah seekor lembu/kerbau bagi setiap 30 ekor lembu/kerbau dan seekor kambing bagi tiap 40 ekor kambing yang tidak digunakan untuk bekerja.
Qadha Zakat
Berbagai jenis zakat yang tidak ditunaikan semasa ianya wajib berzakat dan jika bayaran zakat dikeluarkan sekarang, ianya sebagai qadha zakat.

HUKUM MAD ( ASLI ) TAHUN 5 PSRA 2011

Bahagian Mad
Mad( مد ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ا ), Wau( و )dan Ya'( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.

Mad Asli
Mad Tabi'i( المد الطبيعي )atau Mad Asli( المد الأصلى ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.

1)Ketika Berhenti Dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti( مالك) (يوصيكم )atau di akhir kalimah seperti( والشمس وضحاها ).
Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.

2)Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil( مد الصلةالصغرى )iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah( إنه هو) (به بصيرا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.

3) Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti( عليمًا حكيمًا )dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif( حكيمًا )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.

HUKUM IDGHAM ( TAHUN 6 )

Setiap dua huruf yang bertemu sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan).
Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan) kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).

Mithlan
Mithlan( المثلان ).Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua huruf Ta'( ت ).
1)Saghir
Mithlan Saghir( المثلان الصغير ).
Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil) kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya:( قالوا وهم )atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti( ماليه هلك ).

2)Kabir
Mithlan Kabir( المثلان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun. Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat:( تأمنا )di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah( تأمّنا )pada asalnya adalah( تأمننا )lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi( تامّنا ).

3)Mutlaq
Mithlan Mutlaq( المثلان المطلق ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir (besar).
Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat.

Mutaqariban
Mutaqariban( المتقاربان ).
Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau sifat sahaja yang berdekatan.
1)Saghir
Mutaqariban Saghir( المتقاربان الصغير ).
Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris hidup. Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli Qiraat. Contohnya:( قل رب - بل رفعه الله )kecuali pada( بل ران )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).

2)Kabir
Mutaqariban Kabir( المتقاربان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati).
Hukumnya ialah wajib Izhar.

3)Mutlaq
Mutaqariban Mutlaq( المتقاربان المطلق ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).
Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan).

Mutajanisan
Mutajanisan( المتجانسان ).
Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf Dal dan Ta'( ت ).
1)Saghir
Mutajanisan Saghir( المتجانسان الصغير ).
Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu: 1- Huruf Ba'( ب )selepasnya huruf Mim( م )di dalam ayat( اركب معنا ).
2- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Dal( د )contohnya:( أثقلت دعوا ).
3- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Ta'( ط )contohnya:( إذ همت طائفتان ).
4- Huruf Tha'( ث )selepasnya huruf Zal( ذ )contohnya:( يلهث ذلك ).
5- Huruf Dal( د )selepasnya huruf Ta'( ت )contohnya:( ومهدت ).
6- Huruf Zal( ذ )selepasnya huruf Dza( ظ )contohnya:( إذ ظلمتم ), manakala Huruf Ta'( ط )yang terdapat selepasnya huruf Ta'( ت )contohnya:( أحطت ), hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat.

2)Kabir
Mutajanisan Kabir( المتجانسان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari yang berbaris Sukun (mati).
Hukumnya wajib Izhar.

3)Mutlaq
Mutajanisan Mutlaq( المتجانسان المطلق ).
Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).

Adab Dengan Guru

Contoh Beradab Dengan Guru

1.
Mendengar dan mematuhi arahan guru
2.
Melakukan semua kerja yang disuruh
3.
Tidak meninggi suara
4.
Mendoakan guru
5.
Memberi salam

Adab Bermain

Adab Bermain

Contoh Adab Bermain

1.
Bermain di tempat yang selamat.
2.
Memakai pakai yang sesuai.
3.
Menutup aurat.
4.
Mengemas peralatan.
5.
Bersalaman.
6.
Redo menerima keputusan pengadil.
7.
Amalkan semangat kesukanan.
8.
Mengetahui peaturan permainan.
9.
Mengawal perasaan.

Adab Adab Berjual Beli

Adab Adab Berjual Beli

*
Berjual beli bermaksud urusan pertukaran barang dengan menggunakan wang untuk tujuan pemilikan.
*
Seorang peniaga mestilah melayan pelanggan dengan baik dan dengan wajah yang manis.
*
Peniaga tidak boleh melakukan sebarang penipuan keatas pelanggan. Antara penipuan yang selalu dilakukan oleh peniaga terhadap pelanggan ialah menjual barang yang tamat tempoh, mengurangkan timbangan, barang tiruan dan sebagainya.
*
Pelanggan haruslah sentiasa berhati-hati semasa membeli barang dan mintalah penerangan mengenai sesuatu barang daripada penjual.
*
Pelanggan juga harus mengetahui serba sedikit tentang ilmu kepenggunaan dan mengambil tahu isu tentang tersebut.
*
Urusan muamalat yang dilakukan dengan jujur dan amanah dapat menjalin silaturrahim antara penjual dan pembeli.

Adab Menziarahi Jiran

Contoh Beradab Selepas Menziarahi Jiran

*
Jiran tetangga ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita hingga 40 buah rumah.
*
Kita perlu menjalinkan hubungan baik dan berkerjasa dengan mereka kerana dari situlah akan lahir kehidupan yang sejahtera dan aman tenteram seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.
*
Kita disuruh menziarahi jiran tetangga jika ada kelapangan.
*
Antara adab-adab menziarahi jiran hendaklah pada masa yang sesuai, memberi salam, mengetuk pintu terlebih dahuku.
*
Kita juga tidak digalakkan berada terlalu lama dirumah jiran serta hendaklah menjaga rahsia jiran kita.

Adab Menolong Ibu Bapa

Adab Menolong Ibu Bapa

Contoh Beradab Dengan Keluarga
Semasa Hidup

*
Memelihara harta benda mereka.
*
Bermanis muka.
*
Menjaga kesejahteraan mereka.
*
Tidak merungut.
*
Segera melakukan apa-apa yang disuruh.
*
Tidak membantah.
*
Bersopan.
*
Membantu dengan ikhlas.

.:: Sila klik untuk mendengar

Doa Untuk Ibu bapa
Setelah Meninggal Dunia

*
Melaksanakan wasiat atau pesanan.
*
Bersedekah fatihah ke atas roh mereka.
*
Bersedekah dan meniatkan pahala diberikan padanya.

Faedah Menolong Ibu Bapa

*
Disayangi keluarga.
*
Menjadi anak soleh.
*
Mendapat keberkatan hidup.
*
Melahirkan masyarakat penyayang.
*
Ibu bapa kurang bebanan.
*
Mendapat rahmat daripada Allah.

AKHLAK

Adab Mengurus Diri.

Contoh Adab Mengurus Diri

1.
Baca doa apabila melakukan sesuatu
2.
Menjaga kebersihan diri
3.
Menjaga kesihatan diri

Faedah Mengurus Diri

1.
Sentiasa bersih dan kemas
2.
Ada disiplin diri
3.
Dipuji dan dicontohi
4.
Mendapat pahala
5.
Bersyukur kepada Allah.

ADAB-ADAB SEBELIM MENUNAIKAN FARDHU HAJI

ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI

Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana senarai di bawah :-

- NIAT YANG IKHLAS

- BERTAUBAT DARI SEGALA DOSA DAN KEZALIMAN

- MENCARI KEREDHAAN

- PUNCA PERBELANJAAN

- BEKALAN YANG LEBIH

- MENJAUHI TAWAR-MENAWAR

- TIDAK BERSEKUTU BEKALAN DAN PERBELANJAAN

- MENCARI RAKAN DAN TEMAN

- SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

- MENGUCAP SELAMAT TINGGAL

- TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN DI DALAM SEBARANG KEADAAN

- BERDOA DI DALAM PERJALANAN

- SENTIASA DI DALAM KEBERSIHAN

- MEMPELAJARI KHAFIAT MENGERJAKAN HAJI

Niat Yang Ikhlas

Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud :

" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar "

Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud :

" Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya".

Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas.

Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang amalan yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya lagi, apakah yang ikhlas dan betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul tetapi tidak ikhlas juga tiada diterima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah.

***********************************************************************************

Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman

Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguh-sungguh bertaubat dari segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berterusan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutang-hutangnya, mengembalikan segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba dan dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan membekalkan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi sehingga masa kepulangannya.

Mencari Keredhaan

Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah dari mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana ibubapanya sudah melakukan maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari ihramnya. Walaubagaimana pun jika haji itu haji tatawwu' ( sunat ) tiada harus baginya berihram dan jika ia berihram harus bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun suaminya berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali di didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu tiada dengan segera.

Punca Perbelanjaan

Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat kepadanya. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak salaf dan khalaf tetapi di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram.

Bekalan Yang Lebih

Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barang-barang yang bermutu baik dan halal serta diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud :

" Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)".

Menjauhi Tawar Menawar

Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan

Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tidak dapat dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika kedua-duanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakan di bawah kadar haknya.

Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja makan adalah baik dan elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya jika ia percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak hendaklah makan mengikut keadaan habuannya.

Mencari Rakan Dan Teman

Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

" Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu "

Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya.

Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang berlarutan di antara keduanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh dari dapat diterima oleh Allah.

Sembahyang Sunat Musafir

Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua rakaat sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir".

Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada sebarang waktu terdapat perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya:

" Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya".

Terdapat juga perkataan Assalafussoleh berkenaan dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu maksudnya :

" Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya".

Mengucap Selamat Tinggal

Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabat-sahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara mereka.

Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan

Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan makan minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana jua. Memelihara dari percakapan yang kotor, maki-hamun, mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya :

" Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya "

Berdoa Di Dalam Perjalanan

Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua ibubapanya, para kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

" Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya".

Sentiasa Di Dalam Kebersihan

Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang dan orang yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya jika mencukupi syarat-syaratnya.

Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji

Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia mempelajari khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada mengetahuinya. Sunat dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan orang-orang yang disangkakan mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian penduduk-penduduk Makkah, padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya hajinya tidak diterima.

SOLAT MUSAFIR

SOLAT MUSAFIR

PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAH DI DALAM PERJALANAN

Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali ".

PANDUAN BERMUSAFIR

NIAT

Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ".
( Riwayat Ahmad dan Tabrani )

SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir.

1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut :

" Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah "

2. Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun

3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan

SUNAT-SUNAT MUSAFIR

1. Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari:

" Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis "

2. Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a:

"Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri ". ( Riwayat Ahmad )

Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.

3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.

4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah.

" Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah "

5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa :

" Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan
( memudahkan ) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami ".

SOLAH DALAM PERJALANAN

Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah ( 56 batu atau 91 kilometer ) maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.

SEMBAHYANG JAMAK

Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak ( Taqdim atau Taakhir ) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar ) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.

JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:

1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ).

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ).

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak

Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.

NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.

Syarat-syarat sembahyang Qasar

1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)

3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram

4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )

5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )

NOTA :

Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.

LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahynag qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ).

7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.

LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim

" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala ".

Selepas itu terus sembahyang Asar

" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah
Taala ".

2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir

" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar kerana Allah Taala "

Selepas itu terus sembahyang Asar

" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana
Allah Taala ".

3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim

" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan
kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala ".

Selepas itu terus sembahyang Isyak

" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah
Taala ".

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir

" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala ".

Selepas itu terus sembahyang Isyak

" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala

SOLAT JAMAK QASAR

JAMAK QASAR

* Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar. Iaitu menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan sembahyang yang 4 rakaat.
Niatnya:
i. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohor dipanggil Jamak Taqdim):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:
Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja..
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:
Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta'khir ):

Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta'khir ):

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar
Dalam perjalanan.............

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang zohor 2 rakaat....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar 2 rakaat...
9. Beri salam.... Selesai

TAYAMUM

Tertib bertayamum

* Menyediakan debu tanah.
* Menghadap kiblat.
* Membaca Bismillahirrahmanirrahim.
* Menyebut lafaz niat tayamum: “Sengaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang kerana Allah Taa’la.”
* Menepuk kedua-dua belah tangan ke dalam debu dengan keadaan jari terbuka sambil berniat dan mengekalkan niat tersebut sehigga menyapu muka.
* Menipiskan debu atau mengurangkannya dengan meniup atau menepuk kedua belah tangan.
* Menyapu debu ke muka. Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu, dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri. Sunat dimulakan dari atas ke bawah (dagu).
* Buangkan lebihan debu yang terlekat di tangan.
* Menepuk tangan ke dalam debu untuk kali kedua seperti langkah 5 dan 6 tadi.
* Sapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri (selain ibu jari) di bawah jari tangan kanan. Lurutkan tangan kiri hingga pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit dan lurutkan sehingga ke siku. Kemudian pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan lurutkan ke hadapan hingga pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari kiri ke belakang ibu jari tangan kanan.
* Ulangi langkah 10 dengan menggunakan tangan kanan untuk menyapu tangan kiri.
* Membaca doa seperti doa selepas berwuduk

Jenis-jenis najis

JENIS-JENIS NAJIS

Tiga Bahagian Najis

Kebersihan adalah separuh daripada iman. Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis.

Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah.

Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.

Terdapat tiga bahagian najis iaitu: najis mughallazah (najis berat)
najis mukhaffafah (najis ringan).
najis mutawassitah (najis sederhana).

1. Najis mughallazah
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan itu.

Cara menyucikan najis mughallazah:
Bersihkan bahagian yang terkena najis.
Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

2. Najis mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

Cara menyucikan najis mukhaffafah:
Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
Percikkan air di tempat yang terkena najis.
Lap dengan kain bersih sehingga kering.

3. Najis mutawassitah
Najis mutawassitah ialah najis sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis manusia dan bangkai.

Cara menyucikan najis mutawassitah:
Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Salam buat calon PSRA 2011

Hari ini bermula langkah anda sebagai calon PSRA 2011. Anda sebagai penawar hati seorang ibu dan ayah yang rindukan kejayaan seorang anak, anda juga sebagai harapan guru-guru dan sekolah untuk kami menumpang gembira. Oleh itu laksanakanlah tugas anda sebagai perwira dimedan jihad diiringi doa ibu dan ayah dibekalkan pedang dan berbagai senjata oleh guru-guru. Berusahalah dari saat ini wahai perwira-perwira harapan negara,agama dan bangsa.
Salam perjuangan dari kami, Semoga beroleh MUMTAZ.

PEPERIKSAAN PSRA

at Selasa, Januari 18, 2011 0 comments

at Jumaat, Januari 14, 2011 0 comments
"
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan".

ZAKAT ( TAHUN 5 ) PSRA TAHUN 5

at Khamis, Januari 13, 2011 0 comments

at Rabu, Januari 12, 2011 0 comments

at Isnin, Januari 10, 2011 0 comments